top of page
Search
Writer's pictureNurul Hanna

Pokok Renek

Updated: Aug 25, 2019

· Pokok  yang mempunyai banyak batang , tumbuh dari pangkal hingga keatas.

· mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter.

· Pokok renek dibahagikan kepada 3 jenis:


a. Pokok renek berdaun

b. Pokok renek berbunga

c. Pokok pagaran.


a. Pokok renek berdaun

· Biasanya tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi mempunyai daun yang cantik

· contohnya pokok akalipa kuning (Acalypha hispida)  dan pokok puding (Codiaeum sp).  : Contoh pokok renek berdaun


Pokok Puding


b. Pokok renek berbunga 

· Biasanya mempunyai bunga-bunga yang berwarna menarik atau berbau harum.

· Ia boleh ditanam secara tunggal atau berkelompok.

· Contohnya bunga raya (Hibiscus rosa sinensis) dan pokok bunga kertas (Bougainvillea sp). : Contoh Pokok Renek Berbunga


Pokok Bunga Kertas


c.   Pokok pagaran

· Pokok  renek yang ditanam rapat-rapat di dalam barisan

· Dijadikan sebagai pemisah atau penanda kawasan disamping sebagai penghias.

· Pertumbuhan daun dan rantingnya  rapat dan membentuk seperti pagar. 

· Pokok  pagaran  boleh dibiarkan tumbuh mengikut bentuk semula jadi atau boleh dipangkas mengikut bentuk topian.

· Boleh dibiakkan melalui biji benih, kerata  batang atau cantuman.

· Kaedah  penanaman tunggal  adalah dengan menggali lubang berukuran 0.5 x 0.5 x 0.3 meter.

· Kaedah penanaman pagaran saiz lubang  0.3m dalam  x 0.5m lebar x  panjang mengikut  dikehendaki. Lubang di isi tanah campuran  dan pokok renek  tanam padanya.

· Contoh pokok pagaran, pokok daun teh (Ehretia microphylla) dan pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica)

Contoh  Pokok Pagaran


Pokok Daun Teh

900 views2 comments

Recent Posts

See All

2 Comments


nxr.mukhlis
Aug 28, 2019

Cikgu Hanna ni sangat bgus ahh, memang layak sgt dh jdi guru besar skrg ni sggoh x nipuu 👌🏻

Like

aryani5546
Aug 28, 2019

Maklumat yang diberikan amat berguna dan bermanfaat. Penyusunan maklumat disusun dengan baik dan memudahkan saya untuk membaca.

Like
Post: Blog2_Post
bottom of page